HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan luahan pendapat mengenai isu-isu bahasa Melayu dan masyarakat Melayu, bagi para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Hong Kah. Diharapkan usaha ini membantu menyumbang kepada pembangunan intelek dan moral generasi muda.




Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah”.


Andai terdapat usulan atau sebarang maklum balas yang ingin dikongsi, kirimkanlah kepada administrator di alamat emel HKSSML2011@gmail.com

Isnin, 25 Jun 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Salam semua, berikut adalah sebuah karya yang dihasilkan oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI 2C. Selamat membaca!

KELUARGAKU SAYANG (Bab 1)
Aku duduk seorang diri. Fikiranku melayang jauh. Tanpa ku sedari airmata mula mengalir, membasahi pipi. Hujan juga mula membasahi bumi. Aku tidak peduli jikalau ibu akan memarahiku apabila melihat anak perempuannya pulang dengan keadaan basah kuyup. Aku hanya ingin menghilangkan diri dari hidup pada ketika itu. Aku mundur dari bangku yang sudah ku duduk selama 2 jam dan pulang ke rumah. Hujan masih belum reda. Aku berjalan dengan perlahan.

‘Mengapa semua ini terjadi pada diriku ya Allah? Apa silapku sehingga engkau memberiku cubaan yang sungguh besar ini? Dosa sebesar apa yang telah aku lakukan? Ampunkanlah segala dosaku ya Allah.’

Aku membisik berulang-ulang kali. Akhirnya aku tiba di rumah. Sampai di pintu rumah, kasut dan selipar yang banyak telah menarik perhatianku. Aku pijak masuk ke dalam rumah. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat mayat ibu yang amat aku sayangi dan cintai terbaring di atas lantai. Aku berlari ke arah ibu lalu menangis sekuat hati. “Ibu! Bangun ibu! Ibu!” aku menjerit. Aku menggerakkan ibu tetapi ibu masih tidak bangun dari tidurnya yang aku tahu, sampai bila-bila pun tidak akan bangun. Abang dan kakak menarik diriku jauh dari ibu lalu memelukku.

Kakak adalah seseorang yang tabah tetapi bukan hari ini. Abang adalah seseorang yang berani tetapi bukan hari ini. 9/2/2012, hari yang paling sedih bagi keluargaku. Aku tidak tahu jikalau kakak dan abang akan bersikap sebegini  dengan berterusan. Apa yang aku inginkan ialah mengulang semula waktu dan ibu bangun dari tidurnya. Tiba-tiba, aku menerima SMS dari teman karibku, Natasha. Aku terus membuang telefon bimbitku ke arah tembuk dengan kuat.

Keadaan di sekililing yang pada mulanya penuh dengan orang membaca doa kini menjadi riuh. Saudara-maraku melihatku dengan terperanjat. Teman-teman arwah ibu mula berbisik. Perbuatanku sedemikian telah menarik tumpuan ramai. Aku bangun dan terus berlari masuk ke bilikku. Aku menghempas pintu dan mula membuang barang-barang di sekelilingku dengan perasaan sedih bercampur dengan marah. Aku terus mencampakkan badanku di atas katil. Mukaku ditutupi bantal.

“Bangun ibu, bangun..” Aku menangis. “Ibu bangun!” aku memekik lalu membuang bantalku ke arah lain. Aku putus asa dan diriku terbaring di katil sebegitu sehingga jenazah ibu dikebumikan. Kakak bertanya pada diriku sebelum berangkat tetapi aku tidak menjawab soalannya. 3 jam berlalu, akhirnya keluargaku sudah pulang ke rumah. Keluarga tanpa seorang ibu...
~Cikgu Nora~