HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan luahan pendapat mengenai isu-isu bahasa Melayu dan masyarakat Melayu, bagi para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Hong Kah. Diharapkan usaha ini membantu menyumbang kepada pembangunan intelek dan moral generasi muda.




Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah”.


Andai terdapat usulan atau sebarang maklum balas yang ingin dikongsi, kirimkanlah kepada administrator di alamat emel HKSSML2011@gmail.com

Khamis, 2 Ogos 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Salam semua, berikut adalah sebuah karya yang dihasilkan oleh NURLIYANA BARIZAH BTE NOR AZLAN 2C. Selamat membaca!

NERD & CASANOVA (Bab 1)
Sinaran matahari mengintip melalui tingkap biliknya yang tidak ditutup dengan betul. Deringan kuat penggera di tepi katilnya membuatnya tersedar. Lynn dengan perlahan membuka matanya sambil tersenyum sendiri kerana dia teringat bahawa hari itu hari pertamanya dia memasuki sekolah idamannya di Korea. Dia akan pergi ke Seoul Arts High. Untuk memasuki sekolah itu dia harus mempunyai bakat dan gred akademik yang tinggi. Dia telah berusaha dengan sedaya-upayanya untuk mendapatkan tempat di sekolah itu.
Lynn seorang remaja yang pintar. Dia dilahirkan di Los Angeles, California. Dia ialah orang kacukan, mempunyai darah orang Cina, Melayu, Amerika dan juga Korea. Nama penuhnya ialah Lynn Amelia Sofia.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan dia baru sahaja mendapat mesej. Dia membuka kunci telefon bimbitnya untuk melihat siapa yang telah meghantar mesej itu kepadanya.
‘Selamat Pagi~’ tertulis di skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum apabila ternampak siapa yang telah menghantar mesej itu, ‘Ana <3’, rakannya yang paling rapat. Nama panjangnya ialah Analysha Feryna. Dia pun dilahirkan di Los Angeles. Dia membalas balik dengan senyuman yang besar dan terus ke tandas untuk bersiap sedia.
 ~
Locengnya berdering dengan kuat dan membuatnya terkejut dan tersedar dari tidur nyenyaknya. Dengan ganas dia mengambil jam locengnya dari sebelah katilnya dan melemparkannya ke lantai untuk membuatnya berhenti berdering. Ian dengan malas bangun dari katilnya dan mengheret kakinya ke tandas untuk bersiap sedia untuk ke sekolah.
Ian. Nama penuhnya Ian Zachary. Tidak berapa cerdik tetapi sanggup bekerja keras. Dia dilahirkan di Long Beach, California. Teman rapatnya ialah Smithy Weelder. Dia dapat memasuki Seoul Arts High bukan kerana gred akademik tetapi kerana bakatnya yang berlainan.
Ian keluar  dari tandas dengan memakai baju sekolahnya yang sepatutnya kemas dan rapi tetapi dibuatnya seperti seorang yang baru dikejar anjing. Dia mengeringkan rambutnya dan mengambil telefon bimbitnya untuk melihat waktu. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul tujuh lima belas pagi. Kelas pertamanya bermula pada pukul lapan pagi. Dia pun mengambil beg sekolahnya yang terletak di atas mejanya dan keluar dari rumah. Dia menuju ke sekolahnya dengan perlahan.
 ~
Lynn melihat jam tangannya yang menunjuk pukul tujuh empat puluh lima pagi dan bergegas ke sekolah. Dia telah tertinggal sesuatu dan harus patah balik ke rumah untuk mengambilnya. Itulah sebab yang telah membuatnya lambat.
Dia meluru ke sekolah tanpa sedari bahawa ada seseorang di hadapannya.
“Aduh!”, kata Lynn ketika dia terjatuh ke lantai.
“Oi! Lihatlah ke mana engkau hendak pergi! Jangan main langgar orang sahaja!’’ kata seorang lelaki yang tinggi dan tegap badannya.
Lynn hanya menundukkan kepalanya.  Dengan ganas lelaki itu mencapai begnya yang di lantai dan menuju ke arah sekolahnya. Lynn hanya dengan perlahan berdiri dan mengumpul barang-barangannya yang telah terjatuh. Dia terus menuju ke arah Seoul Arts High.
Selepas memasuki sekolah Lynn mula mencari di mana pejabat besar sekolah itu untuk mendapatkan jadual waktu kelasnya dan juga untuk mencari Analysha. Tibanya sahaja dia di pejabat sekolah itu dia terserempak sekali lagi dengan lelaki yang tegap dan tinggi itu. Dengan muka yang marah, lelaki itu menolaknya ke tepi kerana telah menghalang perjalanannya untuk keluar dari pejabat tersebut.
Dengan rasa hairan, dia terus berjalan ke tempat menyambut tetamu. Dia memberitahu  kerani tersebut bahawa hari itu ialah hari pertamanya di situ dan kerani itu meminta namanya untuk memeriksa sama ada namanya ada di dalam senarai pelajar baru untuk tahun itu. Selepas mengesahkan bahawa dia pelajar baru, kerani memberinya jadual waktu kelas dan juga direktori sekolah kepadanya.
Apabila dia mahu keluar dari pejabat besar itu, dia ternampak Analysha yang sedang menunggunya di tepi loker. Dia pun segera ke arah Analysha dan menyapanya. Mereka terus menuju ke kelas pertama yang telah disenaraikan di jadual waktu kelas mereka. Mereka berdua bernasib baik kerana mereka dapat menghadiri kelas-kelas yang sama bersama.
Tibanya mereka di kelas, mereka terlihat Cikgu Daniel yang sedang mengajar. Tiba-tiba senyuman yang lebar terpapar di mukanya yang serius sebentar tadi. Beliau menyuruh mereka berdua berdiri di hadapan kelas untuk memperkenalkan diri mereka kepada pelajar-pelajar lain.
Setelah memperkenalkan diri mereka, guru tersebut memberi mereka tempat duduk di bahagian belakang kerana beliau tahu bahawa mereka berdua sudah mempelajari apa yang diajarkan tadi. Mereka pun ke belakang kelas dan duduk di tempat masing-masing. Cikgu Daniel meneruskan pengajarannya seperti biasa.
~Cikgu Nora~