HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan luahan pendapat mengenai isu-isu bahasa Melayu dan masyarakat Melayu, bagi para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Hong Kah. Diharapkan usaha ini membantu menyumbang kepada pembangunan intelek dan moral generasi muda.




Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah”.


Andai terdapat usulan atau sebarang maklum balas yang ingin dikongsi, kirimkanlah kepada administrator di alamat emel HKSSML2011@gmail.com

Khamis, 4 Ogos 2011

DWI-MINGGU BAHASA MELAYU

Salam sejahtera semua,

Saya pasti semua pelajar telah meraih pengetahuan baharu tentang budaya orang-orang Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada Dwi-minggu Bahasa Melayu. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa gambar dan video tentang pengalaman pelajar-pelajar.



Pelajar-pelajar menengah 2 sedang ber'dikir barat' ;)



"APA YANG TELAH KAMI PELAJARI?"





Kalau ada sebarang pendapat/renungan tentang dwi-minggu bahasa Melayu, berikan komen-komennya di bawah!

~CIKGU NORA~

40 ulasan:

  1. Bagi pelajar-pelajar saya, hasilkan renungan/refleksi/ulasan tentang:
    -3 perkara yang telah kamu pelajari
    -2 perkara yang kamu suka
    -1 perkara yang boleh diperbaiki
    tentang dwi-minggu bahasa Melayu.

    Panjang ulasan kamu harus melebihi 30 patah perkataan.

    BalasPadam
  2. Saya telah mempelajari tentang adat melayu, kisah-kisah lagenda dan bagaimana hendak berlakon sebagai Pak Pandir.

    Saya suka akan aktiviti lakonan dan batik painting.

    SAya boleh berlatih dengan berlakon bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan.

    BalasPadam
  3. Saya telah pelajari lebih lanjut tentang kebudayaan melayu,kisah-kisah Lagenda seperti Cerita Pak Pandir.Saya suka apabila menjadi pembaca bagi kumpulan saya waktu melanjuti Drama Pak Pandir.1 Perkara yang boleh diperbaiki ialah jangan meluangkan masa terlalu lama dalam sesuatu aktiviti kerana ia amat membosankan.Keseluruhannya,Amat berfaedah bagi saya!:)

    BalasPadam
  4. saya telah mempelajari banyak tentang budaya budaya melayu
    saya telah belajar bagaimana membuat batik
    saya telah belajar berlakon
    saya suka membuat batik
    saya suka membaca
    boleh mencadang kuda kepang

    BalasPadam
  5. 3 perkara yang telah saya pelajari ialah: Saya telah pelajari ialah membuat batik painting dan berlakon dalam cerita Pak Pandir. Saya juga belajar bagaimana hendak membaca dengan lantang.

    2 perkara yang saya suka ialah: Saya suka membuat batik painting kerana ia amat menarik. Saya juga suka guru yang mengajar kita kerana dia sangat seronok.

    1 perkara yang boleh diperbaiki: Satu perkara yang boleh diperbaiki ialah membuat lagi satu aktiviti, aktivit bermain angklung.

    BalasPadam
  6. 3 perkara yang saya telah pelajari adalah cara membuat lukisan batik, cerita dongeng 'Pak Pandir', pelbagai baju tradisional melayu dan pelbagai corak batik.

    2 perkara yang saya suka adalah aktiviti lukisan batik dan lakonan 'Pak Pandir' yang dilakonkan oleh rakan sekolah saya.

    1 perkara yang boleh diperbaiki adalah mereka boleh memberi kammi pelbagai permainan tradisional melayu yang kami boleh bermain dan mempelajari.

    BalasPadam
  7. 3 perkara yang telah saya pelajari ialah cara-cara membuat batik, bagaimana boleh berlakon dan berbual/membaca dengan baik.
    2 perkara yang saya suka ialah aktiviti-aktivitinya semua seronok dan menarik. Cikgunya pula sangat prihatin dan sopan. 1 perkara yang boleh diperbaiki ialah membuatkan aktiviti yang seronok tentang budaya melayu dan tidak banyak perbualan.

    BalasPadam
  8. ketiga-tiga pekaranya ialah apbila saya dapat mempelajari tentang kain batik dan pak pandir. Say mempelajari tentang pak pandir, kuih-kuih dan kain batik. satu pekara yang boleh dibaiki ialah mereka boleh memasukkan music dalamnya.(erhan)

    BalasPadam
  9. -3 perkara yang telah kamu pelajari:Tiga perkara yang saya telah pelajari ialah pertama,bagaimana untuk membuat batik.Kedua,nama batik itu datang dari mana.Ketiga,batik itu sering dikenali di negara mana.
    -2 perkara yang kamu suka:Dua perkara yang saya suka ialah pertama,ketika membuat batik.Kedua,ketika kita harus membuat drama melalui cerita Pak Pandir yang harus diceritakan semula.
    -1 perkara yang boleh diperbaiki:Satu perkara yang boleh diperbaiki ialah,menambah akitiviti yang harus dilakukan oleh para pelajar.

    BalasPadam
  10. Tiga perkara yang telah saya pelajari adalah untuk mengecat kain batik, "berlakon" dan menguatkan suara. Dua perkara yang saya suka adalah apabila kami harus meletak 'wax' yang sudah dicairkan pada kain batik kita. Lagi satu perkara yang saya suka adalah apabila membuat persembahan "Pak Pandir". Satu perkara yang boleh diperbaiki adalah masa dwi bahasa minggu harus dipanjangkan lagi.

    BalasPadam
  11. Nabila Adi Khuzaimah (1B)10 Ogos 2011 pada 10:22 PTG

    3 perkara yang telah kau pelajari adalah penuloisan batik, perlakonan cerita Pak Pandir, dan cara untuk mengekspresikan perasaan semasa berlakon.
    2 perkara yang saya suka adalah penulisan batik dan refleksi tentang budaya melayu.
    1 perkara yang boleh diperbaiki adalah untuk menyeronokkan lagi pelajaran.

    BalasPadam
  12. saya telah mempelajari beberapa cerita dongeng seperti pak pandir.saya pun juga telah mempelajari budaya melayu.saya pun juga telah berlakon macam mana hendak jadi macam pak pandir.ia sungguh seronok.seronok sekali.saya suka berlakon pak pandir kerana ia syok.saya pun juga suka belajar budaya melayu.perkara yang boleh diperbaiki ialah melebikan masa supaya saya boleh belajar banyak sekali.

    BalasPadam
  13. Saya telah memplajari membuat batik. Walaupun masa tidak membenarkannya,saya tetap dapat berseronok. Selain itu,bila kami semua sedang berlatih untuk drama PAK PANDIR,saya pelajri bahawa ada pelbagai cara untuk membentangkan dengan sempurna. Selain itu,saya juga mempelajari supaya membaca dengan latang. Saya suka sekali dengan batik painting dan juga drama pak pandir.

    BalasPadam
  14. 3 perkara yang telah say pelajari ialah pertama, bagaimana kami boleh membaca sesuatu skrip dengan penuh emosi, kedua, bagaimana untuk membuat batik dan ketiga, saya telah pelajari bagaimana saya boleh mengahadapi penonton-penoton yang ramai apabila sedang melakon.
    2 perkara yang saya suka ialah pertama, bila kami harus melakon dari skrip 'Pak Pandir' dan kedua apabila kami menonton kumpulan lain melakon daripada skrip yang sama.
    1 perkara yang boleh diperbaiki ialah apabila kita harus membuat batik kerana kami tidak cukup masa pada waktu itu dan saya juga tidak dapat menghabiskan tugasan tersebut.
    Terima Kasih:)

    BalasPadam
  15. Saya rasa ia bagus (Y) . Saya telah mempelajari macam mana hendak berlakon . Saya pon belajar macam mana mahu jadi Mak Andir . Memang Susah untuk lelaki menjadi perempuan tetapi saya buat juga . Saya rasa apa yang harus diperbaiki adalah memanjang kan masanya . Saya pun suka dnegan aktiviti ini . =D

    BalasPadam
  16. Izzah Nayli Nazurah_1B10 Ogos 2011 pada 10:32 PTG

    3 perkara yang telah saya pelajari ialah,yang pertama,saya telah belajar untuk membaca dengan lebih lantang, kuat dan dengan penuh emosi.Yang kedua,saya telah belajar macam mana hendak berdepan dengan penonton-penonton apabila hendak membentangkan drama kecil yang bertajuk,'Pak Pandir'.dan yang terakhir sekali,saya telah mempelajari bagaimana hendak berkomunikasi lebih dengan kawan-kawan saya, juga kepada guru-guru yang berada di situ buat hari-hari tersebut.
    2 perkara yang saya suka ialah,yang pertama,apabila saya membuat 'batik painting' itu.Yang kedua, saya suka apabila kami disuruh berduduk berkumpulan untuk memberi idea-idea yang terdapat pada setiap individu. saya menyukainya kerana saya dapat mempelajari bagaimana hendak berkomunikasi dengan lebih dalam lagi bersama rakan-rakan dan juga guru-guru saya.
    1 perkara yang boleh diperbaiki ialah,saya ingin sekurang-kurangnya 2-3 pengajar. ia adalah kerana pengajar yang mengambil kelas kami, terlalu halus suaranya dan sukar hendak didengar.
    itu sahaja :)

    BalasPadam
  17. tiga perkara yang telah saya pelajari ialah saya telah mempelajari cerita-cerita dongeng dan tentang budaya melayu.selain daripada itu,saya juga mempelajari pakaian tradisional melayu.2 perkara yang saya suka ialah berlakon cerita pak pandir dan melihat persembahan dari kumpulan lain.satu perkara yang bopleh diperbaiki ialah melebihkan masa dwi minggu bahasa ini

    BalasPadam
  18. Saya telah mempelajari tentang adat melayu, membuat batik, kisah-kisah lagenda dan bagaimana hendak berlakon sebagai Pak Pandir.
    Dua perkara yang saya suka ialah pertama,ketika membuat batik.Kedua,ketika kita harus membuat drama melalui cerita Pak Pandir yang harus diceritakan semula.
    Saya ingin ia dipanjangkan lagi

    BalasPadam
  19. Saya telah mepelajari tentang adat melayu,membuat bunga mangga,kisah-kisah cerita lama dan berlakon sebegai pak pandir dan juga membuat ketupat.
    Dua perkara yang saya suka iala pertama,ketika membuat bunga mangga. Kedua ketika saya sedang berlakon sebagai pak pandir.
    Saya harap dwi-iggu bahasa ini boleh dipanjangka lagi dan mempelajari dunia persenian yang mendalam.

    BalasPadam
  20. Saya telah mempelajari lebih tentang adat melayu, kisah kisah lagenda dan lain lain lagi.
    Dua perkara yang saya suka ialah bermain permainan congkak dan kedua ialah membuat batik.
    Saya ingin jadual waktu nya dipanjangkan lagi

    BalasPadam
  21. Saya beljar untuk mebuat batik.
    Bermain congkak,
    Membuat bunga mangga &
    Berlakon cerita Pak Pandir.
    Dua pekara yang saya suka ialah bermain congkak & membuat batik. Yang saya tidak suka adalah untuk berlakon depan satu kelas.

    BalasPadam
  22. Saya telah mempelajari adat-adat melayu, membuat bunga mangga pada pertama kalinya dan juga membuat corak-corak untuk kain batik.
    Dua perkara yang saya suka adalah membuat bunga mangga dan bermain congkak. 1 perkara yang boleh diperbaiki adalah untuk membuat corak-corak batik dengan baik. Sebenarnya, saya tidak sabar utuk meletakkan lilin cair pada corak-corak saya. Tetapi, kain batik saya tidak cantik seperti saya sangkakan. Saya harus menjadi seorang yang penyabar dan tidak membuat kerja dengan pantasnya.

    BalasPadam
  23. Saya mempelajari tenteng membuat layang-layang ,batik dan berlakon cerita Pak Pandir.

    Saya minat dengan membuat batik dan membuat layang-layang.

    Cerita Pak Pandir tidak menarik saya rasa ia boleh di tukar cerita lain.

    BalasPadam
  24. Saya telah mempelajari berbagai-bagai adat tentang bahasa melayu seperti melukis batik,membuat buah mangga,bermain congkak bersama kawan dan berlakon watak ceerita Pak pandir.
    Dua perkara yang saya sukai daripada aktiviti ini ialah bermain congkak bersama kawan dan mambuat batik dengan berbagai corak..

    BalasPadam
  25. 3 perkara yang telah saya pelajari adalah, lebih mengenali budaya melayu, interaksi antara satu sama lain dan mempelajari pelbagai adat melayu. Ia adalah satu aktiviti yang sangat berguna untuk remaja macam kami.
    2 perkara yang saya suka adalah semasa berdrama bersama teman sekolah saya. Ia memberi saya semangat dan membolehkan diri saya untuk menonjolkan bakat yang tersimpan. Saya diberi peluang untuk menganyam ketupat. Baru saya sedar, yang mengeyam itu sangat susah untuk saya melakukannya.
    1 perkara yang saya boleh memperbaiki adalah saya ingin tahu lebih dalam tentang budaya melayu. Saya ingin menjadi wanita yang tahu asal usulnya.

    BalasPadam
  26. tiga perkara yang saya mempelajari adalah tentang budaya melayu,bagaimana cara-cara untuk membuat ketupat dan cuba belakon.

    dua perkara yang saya suka adalah saya tidak perlu masuk kelas bahasa melayu dan mempelajari tentang budaya saya lebih memdalam.

    Di Dwi-minggu bahasa melayu,ia boleh memperbaiki dengan membuat lebih banyak aktiviti lain seperti mempelajari tentang sepak takraw.

    BalasPadam
  27. Saya telah mempelajari budaya dan adat melayu dengan lebih baik , kisah legenda dan teka teki .
    Dua perkara yang saya suka adalah ketika membuat batik dan membuat layang-layang .
    Saya ingin jadual masanya dipanjangkan .

    BalasPadam
  28. Saya telah mempelajari tentang apa yang orang dulu2 membuat ketika masa lapang .
    Saya juga mempelajari macam mana nk buat bunga mangga dan ketupat .

    Dua perkara yang saya suka adalah saya tidak harus pergi ke kelas bahasa lain dan dapat tahu tentang budaya melayu dengan lebih mendalam .

    BalasPadam
  29. Nur Syafawani_3N2 berkata...
    Saya telah pelajari tentang adat-adat melayu, cerita-cerita dongeng dan membuat batik.
    Dua perkara yang saya suka ialah membuat batik dan bermain congkak. saya suka kedua-dua perkara itu kerana saya tidak dapat membuat perkara-perkara itu di rumah.
    Satu perkara yang boleh dier perbaiki ialah masa yang diberikan untuk membuat tugas-tugasan itu sangat singkat.

    BalasPadam
  30. Saye telah pelajari adat adat melayu, cara cara membuat ketupat, cara cara melukis batik dan sebagainya. Saya suka berkerjasama dengan kawan-kawan saya dan pelajari pelbagai adat melayu. Ia adalah satu perkara yang harus saya ketahui tentang adat melayu kerana saya adalah seorang melayu asli. Satu perkara yang boleh diperbaiki adalah untuk membuat kegiatan kegiatan yang lebih menarik kerana ada kegiatan amat membosankan. Seluruhnya, saya rasa DWI MINGGU BAHASA MELAYU ini amat menrangsangkan dan boleh tahan la.

    BalasPadam
  31. -2 perkara yang kamu suka
    -1 perkara yang boleh diperbaiki

    Saya telah mempelajari tentang kebudayaan dan traditional melayu seperti membuat lukisan batik, melakonkan kisah-kisah lagenda,membuat layang-layang(Wau) dan juga membuat ketupat.
    Dua perkara yang amat saya suka adalah membuat ketupat dan layang-layang. Saya amat suka membuat ketupat kerana saya sangat mahir membuatnya. Satu perkara yang perlu saya perbaiki ialah membuat lukisan batik.

    BalasPadam
  32. Tiga perkara saya mempelajari adalah tentang tradisional,budaya dan lagenda-lagenda melayu.
    Dua perkara saya suka adalah membuat batik daripada lilin dan lakon sebagai Pak Pandir
    Satu perkara boleh diperbaiki panjangkan masa

    BalasPadam
  33. Tiga perkara yang saya telah mempelajari dari dwi-minggu bahasa Melayu ini ialah, bagaimana hendak membuat ketupat, bunga mangga dan juga mempelajari bermain permainan permainan semasa dahulu. nostalgia boleh saya rasai.

    Dua perkara yang saya suka ialah melihat kawan kawan saya bergabung idea untuk berlakon semasa aktiviti Pak Pandir dan saya juga suka semasa aktiviti membuat ketupat kerana ia sangat mencabar diri saya.

    Satu perkara yang boleh diperbaiki ialah membuat dwi bahasa melayu ini dengan lebih menarik dengan menganjurkan aktiviti aktiviti tentang kesenian budaya Melayu.

    BalasPadam
  34. : Saya telah pelajari tentang adat melayu. Salah satu yang saya pelajari tentang melayu ialah permainan tradisional malayu seperti membuat batik, bermain congkak, membuat layang-layang, membuat bunga mangga dan berlakon kisah lagenda ia itu sebagai Pak pandir dan Mak andir.
    Dua perkara yang saya suka ialah bermain congkak dan membuat bunga mangga.
    Satu perkara yang saya tidak sukai ialah berlakon sebagai pak pandir dan mak andir , karana bagi saya skirpnya tidak masuk akal . ia harus digantikan dengan dikir barat .

    BalasPadam
  35. Tiga perkara yang saya pelajari adalah:
    1) Melayu adalah indah
    2) pelajari membuat ketupat
    3) pelajari untuk berlakon
    2 perkara saya suka:
    1) menarik
    2) seronok
    apa yang boleh diperbaiki
    masanya terlalu singkat

    BalasPadam
  36. -best
    -pelajari perkara baru
    -membuat kawan baru
    -membuat perkara baru dalam tradisi melayu
    -mengatahui lebih tentang tradisi melayu
    Orang-orang jangan la ego sangat.

    BalasPadam
  37. tiga perkara saya telah pelajari ialah membuat ketupat , membuat layang-layang dan membuat batik .
    dua perkara yang saya suka ialah membuat batik dan membuat ketupat .
    satu perkara yang boleh diperbaikki ialah masa nya . harus dipanjangkan lagy .

    BalasPadam
  38. 3 perkara yang telah saya pelajari ialah , permainan melayu adat istiadat orang kita dan kegunaan bunga bunga untuk majlis majlis perasmian .
    2 perkara yang saya suka ialah , membuat layang layang dan berlakon .
    Perkara yang boleh membantu memperbaiki aktiviti ini ialah , masa harus dipanjangkan .

    BalasPadam
  39. Terima kasih di atas ulasan-ulasan semua :)

    BalasPadam
  40. 3 benda yang saya pelajari adalah batik,lakonan cerita Pak Pandir, berperasaan semasa berlakon.
    2 perkara yang saya suka adalah membuat batik sendiri dan belajar tentang budaya melayu.
    1 perkara yang boleh diperbaiki adalah bahasa saya.

    BalasPadam