HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan luahan pendapat mengenai isu-isu bahasa Melayu dan masyarakat Melayu, bagi para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Hong Kah. Diharapkan usaha ini membantu menyumbang kepada pembangunan intelek dan moral generasi muda.




Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah”.


Andai terdapat usulan atau sebarang maklum balas yang ingin dikongsi, kirimkanlah kepada administrator di alamat emel HKSSML2011@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

PERATURAN

Blog HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah yang dapat dibaca oleh khalayak ramai. Maka, peraturan-peraturan di bawah harus dipatuhi oleh SEMUA pelajar/pengguna:
1. Bahasa Melayu baku harus digunakan sebagai wahana berkomunikasi. 
2. Para pelajar digalakkan memberikan komen masing-masing. Namun demikian, penggunaan bahasa kesat tidak dibenarkan sama sekali. Para pelajar yang melanggar peraturan ini akan dihadapkan ke komiti disiplin sekolah.
3. Jika terdapat sebarang masalah atau gangguan, sila hantarkan e-mel kepada administrator di alamat hkssml2011@gmail.com
Kelembutan bahasa serta ketertiban susun kata mencerminkan minda dan budi pekerti seseorang.

Khamis, 2 Ogos 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Salam semua, berikut adalah sebuah karya yang dihasilkan oleh NURLIYANA BARIZAH BTE NOR AZLAN 2C. Selamat membaca!

NERD & CASANOVA (Bab 1)
Sinaran matahari mengintip melalui tingkap biliknya yang tidak ditutup dengan betul. Deringan kuat penggera di tepi katilnya membuatnya tersedar. Lynn dengan perlahan membuka matanya sambil tersenyum sendiri kerana dia teringat bahawa hari itu hari pertamanya dia memasuki sekolah idamannya di Korea. Dia akan pergi ke Seoul Arts High. Untuk memasuki sekolah itu dia harus mempunyai bakat dan gred akademik yang tinggi. Dia telah berusaha dengan sedaya-upayanya untuk mendapatkan tempat di sekolah itu.
Lynn seorang remaja yang pintar. Dia dilahirkan di Los Angeles, California. Dia ialah orang kacukan, mempunyai darah orang Cina, Melayu, Amerika dan juga Korea. Nama penuhnya ialah Lynn Amelia Sofia.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan dia baru sahaja mendapat mesej. Dia membuka kunci telefon bimbitnya untuk melihat siapa yang telah meghantar mesej itu kepadanya.
‘Selamat Pagi~’ tertulis di skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum apabila ternampak siapa yang telah menghantar mesej itu, ‘Ana <3’, rakannya yang paling rapat. Nama panjangnya ialah Analysha Feryna. Dia pun dilahirkan di Los Angeles. Dia membalas balik dengan senyuman yang besar dan terus ke tandas untuk bersiap sedia.
 ~
Locengnya berdering dengan kuat dan membuatnya terkejut dan tersedar dari tidur nyenyaknya. Dengan ganas dia mengambil jam locengnya dari sebelah katilnya dan melemparkannya ke lantai untuk membuatnya berhenti berdering. Ian dengan malas bangun dari katilnya dan mengheret kakinya ke tandas untuk bersiap sedia untuk ke sekolah.
Ian. Nama penuhnya Ian Zachary. Tidak berapa cerdik tetapi sanggup bekerja keras. Dia dilahirkan di Long Beach, California. Teman rapatnya ialah Smithy Weelder. Dia dapat memasuki Seoul Arts High bukan kerana gred akademik tetapi kerana bakatnya yang berlainan.
Ian keluar  dari tandas dengan memakai baju sekolahnya yang sepatutnya kemas dan rapi tetapi dibuatnya seperti seorang yang baru dikejar anjing. Dia mengeringkan rambutnya dan mengambil telefon bimbitnya untuk melihat waktu. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul tujuh lima belas pagi. Kelas pertamanya bermula pada pukul lapan pagi. Dia pun mengambil beg sekolahnya yang terletak di atas mejanya dan keluar dari rumah. Dia menuju ke sekolahnya dengan perlahan.
 ~
Lynn melihat jam tangannya yang menunjuk pukul tujuh empat puluh lima pagi dan bergegas ke sekolah. Dia telah tertinggal sesuatu dan harus patah balik ke rumah untuk mengambilnya. Itulah sebab yang telah membuatnya lambat.
Dia meluru ke sekolah tanpa sedari bahawa ada seseorang di hadapannya.
“Aduh!”, kata Lynn ketika dia terjatuh ke lantai.
“Oi! Lihatlah ke mana engkau hendak pergi! Jangan main langgar orang sahaja!’’ kata seorang lelaki yang tinggi dan tegap badannya.
Lynn hanya menundukkan kepalanya.  Dengan ganas lelaki itu mencapai begnya yang di lantai dan menuju ke arah sekolahnya. Lynn hanya dengan perlahan berdiri dan mengumpul barang-barangannya yang telah terjatuh. Dia terus menuju ke arah Seoul Arts High.
Selepas memasuki sekolah Lynn mula mencari di mana pejabat besar sekolah itu untuk mendapatkan jadual waktu kelasnya dan juga untuk mencari Analysha. Tibanya sahaja dia di pejabat sekolah itu dia terserempak sekali lagi dengan lelaki yang tegap dan tinggi itu. Dengan muka yang marah, lelaki itu menolaknya ke tepi kerana telah menghalang perjalanannya untuk keluar dari pejabat tersebut.
Dengan rasa hairan, dia terus berjalan ke tempat menyambut tetamu. Dia memberitahu  kerani tersebut bahawa hari itu ialah hari pertamanya di situ dan kerani itu meminta namanya untuk memeriksa sama ada namanya ada di dalam senarai pelajar baru untuk tahun itu. Selepas mengesahkan bahawa dia pelajar baru, kerani memberinya jadual waktu kelas dan juga direktori sekolah kepadanya.
Apabila dia mahu keluar dari pejabat besar itu, dia ternampak Analysha yang sedang menunggunya di tepi loker. Dia pun segera ke arah Analysha dan menyapanya. Mereka terus menuju ke kelas pertama yang telah disenaraikan di jadual waktu kelas mereka. Mereka berdua bernasib baik kerana mereka dapat menghadiri kelas-kelas yang sama bersama.
Tibanya mereka di kelas, mereka terlihat Cikgu Daniel yang sedang mengajar. Tiba-tiba senyuman yang lebar terpapar di mukanya yang serius sebentar tadi. Beliau menyuruh mereka berdua berdiri di hadapan kelas untuk memperkenalkan diri mereka kepada pelajar-pelajar lain.
Setelah memperkenalkan diri mereka, guru tersebut memberi mereka tempat duduk di bahagian belakang kerana beliau tahu bahawa mereka berdua sudah mempelajari apa yang diajarkan tadi. Mereka pun ke belakang kelas dan duduk di tempat masing-masing. Cikgu Daniel meneruskan pengajarannya seperti biasa.
~Cikgu Nora~

Isnin, 23 Julai 2012

PENULISAN EKSPOSITORI- 2HML

ARAHAN:

Hasilkan 1 perenggan isi (menggunakan teknik PEEL) bagi soalan berikut:
Klik di sini dan selesaikan GOGGLE DOC. tersebut.
** >50 patah perkataan bagi setiap bahagian.

~Cikgu Nora~

Isnin, 9 Julai 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PEAJAR

Salam semua. Berikut ialah bab terakhir bagi cerita 'KELUARGAKU SAYANG' oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI.

KELUARGAKU SAYANG (Bab 3)

Beberapa hari telah berlalu. Aku terpaksa pulang ke tanah air dan kembali ke sekolah. Sepanjang perjalananku ke sekolah, tiada seorang temanku yang menyapaku. “Kenapalah dunia ni jahat sangat...” aku berbisik. Aku berbuat bodoh dan terus berjalan. Semasa bercuti ke London, aku teringat segala cerita yang telah terjadi di sekolah. Abang berjanji akan membantuku menangkap orang yang telah membusukkan namaku dan kakak telah berjanji untuk membantuku sebaik mana beliau boleh. Ayah pula, ayah telah membantu banyak untuk mengubah sikapku. Aku tiba di sekolah beberapa minit kemudian. Semua mata melihat ke arahku. Mereka mula berbisik.

“Dahlah ponteng sekolah, buat nama sekolah buruk pula tu. Berani dia pijak kaki masuk ke sekolah.”


“Setakat muka lawa, perangai, lagi teruk.”

Aku ingin menangis pada saat itu juga. Tiba-tiba aku sedar, tiada gunanya jika aku menangis. Aku terus bersabar dan berjalan masuk ke kelas. Tiba di kelas, aku mencari mejaku. Alangkah terperanjatnya diriku apabila melihat tulisan yang tidak senonoh di meja. Hatiku patah seribu buat sementara waktu. Tanpa kusedari, Fatin telah masuk ke kelas. Dia menarik kerusiku, menolak mejaku dan diriku. Aku jatuh. Aku sudah tidak boleh menahan lalu air mata terus mengalir di mukaku. Dia mula menghinaku.

“Budak tidak sedar diri! Dah buat malu sekolah, masih berani pijak kaki di sini. Pergi berambus sanalah!” Teman sekelas mula mengetawakan aku. Aku bangun dan berlari masuk ke tandas. Aku terlanggar seseorang. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa. “Adik nak pergi mana?” Aku memandang ke atas dan melihat abangku senyum. Abang sedang memegang beberapa keping gambar. “Kenal siapa perempuan ni?” abang bertanya.

Aku terperanjat. “Jadi, perempuan yang ada di gambar ni sebenarnya ialah Fatin?” Abang mula memekik seperti sekolah itu ialah rumahnya. “Eh! Siapa budak Fatin ni ah?!”

Fatin pula baru sahaja keluar dari kelas, mencari aku. “Eh! Lissa mana? Aku nak pukul-pukul dia!” Dia memekik dengan penuh kemarahan seperti aku pernah melakukan sesuatu pada dirinya. Abang terdengar dan pusing. Mata abang buka besar. “Eh, lelaki mana pula kau bawa masuk sekolah ni, Lissa?” dia bersenyum. Abang menjadi lebih marah. “Lelaki apa? Aku abang dia. Ada masalah?” Abang terus mencampak gambar-gambar yang digenggamnya itu ke arah Fatin. “Kalau benci sangat dengan adik aku, tak payah buat sebegini ah,” abang memberitahunya.

Kakak dan ayah mula berjalan di belakang. Polis berjalan bersama dengan mereka. “Cik Fatin? Anda ditangkap kerana telah mengambil dadah dan menuduh orang yang tidak bersalah.” Fatin ingin melarikan diri. Namun, polis dapat menangkapnya. Teman-teman mula bertepuk tangan. Aku berlari ke arah kakak dan ayah lalu memeluk mereka. “Abang tak peluk ah?” abangku membuat kelakar. Aku pun memeluk abang.

Aku sedari. Walaupun seseorang yang amat disayangi telah meninggalkan bumi ini, aku tidak boleh berputus asa dan terus bangkit dan mencapai cita-citaku. Aku telah kehilangan seorang ibu dua minggu lepas. Aku takut untuk memberitahu sesiapa mengenai masalahku tetapi setelah dipujuk oleh keluargaku, aku sedar bahawa selama ini aku tidak mempercayai kakak dan abangku sendiri. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernahku lakukan selama 17 tahun aku bernafas di dunia. Dunia ini kejam. Teman-teman datang dan pergi tetapi keluarga yang amat disayangi tidak akan dapat dipisahkan oleh sesiapa. Jika mereka berubah sikap mereka, seseorang di keluarga akan menyedar dan mencuba sedaya upaya untuk mengubah orang itu kembali ke insan yang mulia. Aku amat menyayangi keluargaku. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Itulah yang dinamskan keluarga.

“Lissa akan terus bersolat dan berdoa untuk ibu ya?” aku berbisik. Aku masih memeluk keluargaku. “Sudahlah tu Lissa. Lepaskan ayah. Lissa harus pergi sekolah, ayah harus pergi kerja. Jom! Kakak, abang! Kita tinggalkan Lissa di sini. Nanti ayah jemput Lissa tau. Selamat tinggal!” Aku tersenyum lalu melambaikan tanganku.


TAMAT
~Cikgu Nora~

Isnin, 2 Julai 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Pasti semua tidak sabar membaca sambungan cerita 'KELUARGAKU SAYANG' oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI. Berikut ialah bab 2 nya.

KELUARGAKU SAYANG (Bab 2)

Hubungan antara diriku dan arwah ibu sungguh rapat. Aku akan memberitahunya segala perkara yang terjadi dalam hidupku. Ibu tidak akan memarahiku jikalau aku memberitahunya bahawa aku mempunyai perasaan istimewa terhadap seseorang. Ibu adalah tempat untukku mendapat kasih sayang. Beliau akan mendengar luahan hatiku dan menasihatiku.

Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu bilikku. Ayah membuka pintu lalu berjalan ke arahku bersama telefon bimibitku di tangannya. Ayah duduk di katilku dan memegang erat tanganku. “Perempuan yang ada di dalam gambar ni bukan adikkan?” beliau bertanya. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Bilikku berada di dalam keadaan kesepian. Aku mula mengeluarkan suaraku. “Ayah.. Kenapa Allah mencabar adik dengan dugaan sebesar ini? Kawan-kawan adik mula menjauhkan diri dari adik dan selepas itu, ibu meninggalkan kita. Mengapa ayah?” Ayah hanya duduk berdiam sahaja. Beliau mula memelukku dengan erat. Selama beberapa minit kemudian, ayah melepaskan diriku.

Aku melihat rupa di mukanya. Tidak ku sangkakan, air jernih mula mengalir keluar dari matanya. Ayah adalah seseorang yang cuba menjadi seorang pahlawan di mata anak-anaknya walaupun umur mereka hampir menjadi seorang dewasa. Walaupun sedang marah atau sedih, beliau tidak akan pernah menunjukkan perasaannya itu kepada anak atau arwah isterinya. Saat ini adalah kali pertama aku melihat ayah menangis dalam seumur hidupku. Bayangkan, betapa tabahnya ayah dan betapa lemahnya diriku. Aku memanjangkan tanganku untuk mengambil beberapa keping tisu lalu mengelap air mata ayah. Ayah memandangku dan memelukku sekali lagi. Beliau melepasi diriku. Segaris senyuman yang mesra terukir di bibirnya. Hatiku yang telah pecah seribu kini menyinar bak bunga yang mekar di taman.

“Jom! Kita pergi bercuti! Kita sekeluarga merehatkan minda buat seketika okey?” ayah berkata. Pada mulanya aku tidak bersetuju kerana kelakuan ayah seperti seseorang yang sudah melupakan seorang yang amat disayangi dan cintai dalam waktu yang cepat tetapi, setelah berfikir untuk beberapa kali, aku bersetuju dengan cadangannya. Aku juga tahu, ayah tidak mungkin akan melupakan arwah ibu secepat itu. Aku bersenyum lalu mengangguk kepalaku.

“Okey! Ayah akan menempah tiket kapal terbang secepat mungkin. Kita akan pergi ke tempat yang Malissa paling suka! Pack your bags and inform your siblings too,” ayah berkata lalu meninggalkan bilikku. “Oh! And please, clean your room. Mata ayah boleh terbakar tengok bilik Malissa. Macam orang tengah potong bawang tahu!” ayah memekik dari jauh. Aku ketawa mendengar kata-kata ayah. Begitu juga kakak dan abang apabila mendengar ayah.

‘Ibu.. Malissa harap ibu akan tenang di atas sana.. Doakan Malissa, kak Linda, abang Daus and ayah.. Lissa sayang ibu sangat-sangat. Jumpa ibu di akhirat nanti ya... Lissa merindui ibu. Dan akan selalu mendoakan untuk ibu sehingga Lissa meninggalkan bumi ini.’  Aku berfikir buat seketika. Kemudian aku bangun dari katilku lalu mengemas barang-barang yang diperlukan semasa bercuti.
~Cikgu Nora~

Isnin, 25 Jun 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Salam semua, berikut adalah sebuah karya yang dihasilkan oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI 2C. Selamat membaca!

KELUARGAKU SAYANG (Bab 1)
Aku duduk seorang diri. Fikiranku melayang jauh. Tanpa ku sedari airmata mula mengalir, membasahi pipi. Hujan juga mula membasahi bumi. Aku tidak peduli jikalau ibu akan memarahiku apabila melihat anak perempuannya pulang dengan keadaan basah kuyup. Aku hanya ingin menghilangkan diri dari hidup pada ketika itu. Aku mundur dari bangku yang sudah ku duduk selama 2 jam dan pulang ke rumah. Hujan masih belum reda. Aku berjalan dengan perlahan.

‘Mengapa semua ini terjadi pada diriku ya Allah? Apa silapku sehingga engkau memberiku cubaan yang sungguh besar ini? Dosa sebesar apa yang telah aku lakukan? Ampunkanlah segala dosaku ya Allah.’

Aku membisik berulang-ulang kali. Akhirnya aku tiba di rumah. Sampai di pintu rumah, kasut dan selipar yang banyak telah menarik perhatianku. Aku pijak masuk ke dalam rumah. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat mayat ibu yang amat aku sayangi dan cintai terbaring di atas lantai. Aku berlari ke arah ibu lalu menangis sekuat hati. “Ibu! Bangun ibu! Ibu!” aku menjerit. Aku menggerakkan ibu tetapi ibu masih tidak bangun dari tidurnya yang aku tahu, sampai bila-bila pun tidak akan bangun. Abang dan kakak menarik diriku jauh dari ibu lalu memelukku.

Kakak adalah seseorang yang tabah tetapi bukan hari ini. Abang adalah seseorang yang berani tetapi bukan hari ini. 9/2/2012, hari yang paling sedih bagi keluargaku. Aku tidak tahu jikalau kakak dan abang akan bersikap sebegini  dengan berterusan. Apa yang aku inginkan ialah mengulang semula waktu dan ibu bangun dari tidurnya. Tiba-tiba, aku menerima SMS dari teman karibku, Natasha. Aku terus membuang telefon bimbitku ke arah tembuk dengan kuat.

Keadaan di sekililing yang pada mulanya penuh dengan orang membaca doa kini menjadi riuh. Saudara-maraku melihatku dengan terperanjat. Teman-teman arwah ibu mula berbisik. Perbuatanku sedemikian telah menarik tumpuan ramai. Aku bangun dan terus berlari masuk ke bilikku. Aku menghempas pintu dan mula membuang barang-barang di sekelilingku dengan perasaan sedih bercampur dengan marah. Aku terus mencampakkan badanku di atas katil. Mukaku ditutupi bantal.

“Bangun ibu, bangun..” Aku menangis. “Ibu bangun!” aku memekik lalu membuang bantalku ke arah lain. Aku putus asa dan diriku terbaring di katil sebegitu sehingga jenazah ibu dikebumikan. Kakak bertanya pada diriku sebelum berangkat tetapi aku tidak menjawab soalannya. 3 jam berlalu, akhirnya keluargaku sudah pulang ke rumah. Keluarga tanpa seorang ibu...
~Cikgu Nora~

Isnin, 26 Mac 2012

KARANGAN DESKRIPTIF- 3 EKSPRES


TUGASAN BERKUMPULAN
Arahan:
  1. Klik PESTA!
  2. Pilih nombor kumpulan kamu dan selesaikan GOOGLE DOC. PESTA!
  3. Setiap pelajar dalam kumpulan harus menyelesaikan bahagian masing-masing
-pelajar MERAH menyelesaikan ruang MERAH,
-pelajar KUNING menyelesaikan ruang KUNING
-pelajar HIJAU menyelesaikan ruang HIJAU
  1. Kamu diberi 15 minit untuk menyelesaikan tugasan ini.

TUGASAN INDIVIDU
Arahan:
  1. Kamu harus menghasilkan artikel majalah berjudul ‘Pengalaman Saya Menyembut [Pesta yang dipilih]’. Gunakan templet yang disediakan guru
  2. Klik TEMPLET ARTIKEL MAJALAH
  3. Taipkan karangan kamu di bahagian yang telah ditandai dengan penyerlah kuning
  4. E-melkan tugasan kamu kepada HKSSML2011@gmail.com dengan menggunakan format NAMA_KELAS.doc sebelum 4 APRIL 2012

Rabu, 7 Mac 2012

LENSA BAHASA- IDEA BAGI VIDEO YANG MENARIK


Arahan:

1. Dalam kumpulan masing-masing, pilih 1 topik dan fikirkan jalan cerita bagi video yang panjangnya 2 minit 30 saat. Pilih topik daripada senarai berikut:
  • Negara/Negara jiran/Warga dunia
  • Sains
  • Teknologi
  • Alam semula jadi
  • Keprihatinan terhadap sekitaran
  • Kesenian dan kebudayaan
  • Sejarah
  • Misteri/Fantasi
  • Kebersihan/Kesihatan
2. Klik LENSA BAHASA

3. Isikan ruang-ruang yang berwarna biru muda dengan idea-idea kamu.

4. Kemudian bentangkan hasil perbincangan kamu kepada kelas

~Cikgu Nora~

Isnin, 5 Mac 2012

PENULISAN EKSPOSITORI- 3 EX

ARAHAN:

Hasilkan 1 perenggan isi (menggunakan teknik PEEL) bagi soalan berikut:
Klik di sini dan selesaikan GOGGLE DOC. tersebut.
** >50 patah perkataan bagi setiap bahagian.

~Cikgu Nora~

Isnin, 27 Februari 2012

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN- 2EX

Tugasan

1. Lungsuri lelaman http://cyberita.asia1.com.sg/
2. Pilih satu berita yang menarik bagi kamu.
3. Baca petikannya dan jawab soalan-soalan berikut:

-Tajuk berita.
-Lelaman berita tersebut
-Apa yang menarik tentang berita ini? Mengapa?
-Tukil satu ayat yang telah memberi impak kepada diri kamu daripada berita tersebut.
-Berikan 2 pengajaran yang telah kamu raih daripada berita tersebut.
-Kaitkan satu peribahasa kepada berita tersebut. Terangkan kaitan peribahasa dengan beritanya.

4. Catatkan jawapan-jawapan kamu di bawah.

Cara menghantarkan komen:
1. Taipkan ulasan di tempat yang disediakan.
2. Bagi 'Ulas sebagai', klik 'Nama.URL'
3. Bagi 'Edit Profile', taipkan nama mengikut format NAMA_KELAS
4. Biarkan 'URL' kosong. Klik 'Teruskan'
5. Klik butang 'Catat Ulasan'
~Cikgu Nora~

Isnin, 20 Februari 2012

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN- 3EX

Tugasan
1. Lungsuri lelaman http://cyberita.asia1.com.sg/
2. Pilih satu berita yang menarik bagi kamu.
3. Baca petikannya dan jawab soalan-soalan berikut:
1) Tajuk berita.
2) Lelaman berita tersebut
3) Ringkasan artikel (< 30 patah perkataan)
4) Apa yang menarik tentang berita ini? Mengapa?
5) Tukil satu ayat yang telah memberi impak kepada diri kamu daripada berita tersebut.
6) Berikan 2 pengajaran yang telah kamu raih daripada berita tersebut.
7) Kaitkan satu peribahasa kepada berita tersebut. Terangkan kaitan peribahasa dengan beritanya.
4. Catatkan jawapan-jawapan kamu di bawah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5. Setelah kamu catatkan jawapan kamu, baca satu ulasan yang dihasilkan oleh teman lain.
6. Lungsuri lelaman berita yang diberikan teman kamu.
7. Berikan komen terhadap ulasan kawan kamu berkenaan perkara-perkara berikut:
-Setujukah kamu dengan kawan kamu bahawa berita ini menarik? Mengapa?
(>25 patah pekataan)

Cara menghantarkan komen:
1. Taipkan ulasan di tempat yang disediakan.
2. Bagi 'Ulas sebagai', klik 'Nama.URL'
3. Bagi 'Edit Profile', taipkan nama mengikut format NAMA_KELAS
[**kalau nak komen ulasan kawan, gunakan format @NAMAKAWAN_NAMA_KELAS)
4. Biarkan 'URL' kosong. Klik 'Teruskan'
5. Klik butang 'Catat Ulasan'
6. Kemudian taipkan kod yang tertera di skrin. [**Pastikan kamu lakukan langkah ini. Jika tidak, ulasan kamu tidak diterima] 

~Cikgu Nora~