KELUARGAKU SAYANG (Bab 2)
Hubungan antara diriku dan arwah ibu sungguh rapat. Aku akan memberitahunya segala perkara yang terjadi dalam hidupku. Ibu tidak akan memarahiku jikalau aku memberitahunya bahawa aku mempunyai perasaan istimewa terhadap seseorang. Ibu adalah tempat untukku mendapat kasih sayang. Beliau akan mendengar luahan hatiku dan menasihatiku.
Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu bilikku. Ayah membuka pintu lalu berjalan ke arahku bersama telefon bimibitku di tangannya. Ayah duduk di katilku dan memegang erat tanganku. “Perempuan yang ada di dalam gambar ni bukan adikkan?” beliau bertanya. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Bilikku berada di dalam keadaan kesepian. Aku mula mengeluarkan suaraku. “Ayah.. Kenapa Allah mencabar adik dengan dugaan sebesar ini? Kawan-kawan adik mula menjauhkan diri dari adik dan selepas itu, ibu meninggalkan kita. Mengapa ayah?” Ayah hanya duduk berdiam sahaja. Beliau mula memelukku dengan erat. Selama beberapa minit kemudian, ayah melepaskan diriku.
Aku melihat rupa di mukanya. Tidak ku sangkakan, air jernih mula mengalir keluar dari matanya. Ayah adalah seseorang yang cuba menjadi seorang pahlawan di mata anak-anaknya walaupun umur mereka hampir menjadi seorang dewasa. Walaupun sedang marah atau sedih, beliau tidak akan pernah menunjukkan perasaannya itu kepada anak atau arwah isterinya. Saat ini adalah kali pertama aku melihat ayah menangis dalam seumur hidupku. Bayangkan, betapa tabahnya ayah dan betapa lemahnya diriku. Aku memanjangkan tanganku untuk mengambil beberapa keping tisu lalu mengelap air mata ayah. Ayah memandangku dan memelukku sekali lagi. Beliau melepasi diriku. Segaris senyuman yang mesra terukir di bibirnya. Hatiku yang telah pecah seribu kini menyinar bak bunga yang mekar di taman.
“Jom! Kita pergi bercuti! Kita sekeluarga merehatkan minda buat seketika okey?” ayah berkata. Pada mulanya aku tidak bersetuju kerana kelakuan ayah seperti seseorang yang sudah melupakan seorang yang amat disayangi dan cintai dalam waktu yang cepat tetapi, setelah berfikir untuk beberapa kali, aku bersetuju dengan cadangannya. Aku juga tahu, ayah tidak mungkin akan melupakan arwah ibu secepat itu. Aku bersenyum lalu mengangguk kepalaku.
“Okey! Ayah akan menempah tiket kapal terbang secepat mungkin. Kita akan pergi ke tempat yang Malissa paling suka! Pack your bags and inform your siblings too,” ayah berkata lalu meninggalkan bilikku. “Oh! And please, clean your room. Mata ayah boleh terbakar tengok bilik Malissa. Macam orang tengah potong bawang tahu!” ayah memekik dari jauh. Aku ketawa mendengar kata-kata ayah. Begitu juga kakak dan abang apabila mendengar ayah.
‘Ibu.. Malissa harap ibu akan tenang di atas sana.. Doakan Malissa, kak Linda, abang Daus and ayah.. Lissa sayang ibu sangat-sangat. Jumpa ibu di akhirat nanti ya... Lissa merindui ibu. Dan akan selalu mendoakan untuk ibu sehingga Lissa meninggalkan bumi ini.’ Aku berfikir buat seketika. Kemudian aku bangun dari katilku lalu mengemas barang-barang yang diperlukan semasa bercuti.

~Cikgu Nora~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan