HKSSML2011.BLOGSPOT.COM merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan luahan pendapat mengenai isu-isu bahasa Melayu dan masyarakat Melayu, bagi para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Hong Kah. Diharapkan usaha ini membantu menyumbang kepada pembangunan intelek dan moral generasi muda.




Warisan Masa Depan. Bahasa Kita. Gunakanlah”.


Andai terdapat usulan atau sebarang maklum balas yang ingin dikongsi, kirimkanlah kepada administrator di alamat emel HKSSML2011@gmail.com

Isnin, 23 Julai 2012

PENULISAN EKSPOSITORI- 2HML

ARAHAN:

Hasilkan 1 perenggan isi (menggunakan teknik PEEL) bagi soalan berikut:
Klik di sini dan selesaikan GOGGLE DOC. tersebut.
** >50 patah perkataan bagi setiap bahagian.

~Cikgu Nora~

Isnin, 9 Julai 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PEAJAR

Salam semua. Berikut ialah bab terakhir bagi cerita 'KELUARGAKU SAYANG' oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI.

KELUARGAKU SAYANG (Bab 3)

Beberapa hari telah berlalu. Aku terpaksa pulang ke tanah air dan kembali ke sekolah. Sepanjang perjalananku ke sekolah, tiada seorang temanku yang menyapaku. “Kenapalah dunia ni jahat sangat...” aku berbisik. Aku berbuat bodoh dan terus berjalan. Semasa bercuti ke London, aku teringat segala cerita yang telah terjadi di sekolah. Abang berjanji akan membantuku menangkap orang yang telah membusukkan namaku dan kakak telah berjanji untuk membantuku sebaik mana beliau boleh. Ayah pula, ayah telah membantu banyak untuk mengubah sikapku. Aku tiba di sekolah beberapa minit kemudian. Semua mata melihat ke arahku. Mereka mula berbisik.

“Dahlah ponteng sekolah, buat nama sekolah buruk pula tu. Berani dia pijak kaki masuk ke sekolah.”


“Setakat muka lawa, perangai, lagi teruk.”

Aku ingin menangis pada saat itu juga. Tiba-tiba aku sedar, tiada gunanya jika aku menangis. Aku terus bersabar dan berjalan masuk ke kelas. Tiba di kelas, aku mencari mejaku. Alangkah terperanjatnya diriku apabila melihat tulisan yang tidak senonoh di meja. Hatiku patah seribu buat sementara waktu. Tanpa kusedari, Fatin telah masuk ke kelas. Dia menarik kerusiku, menolak mejaku dan diriku. Aku jatuh. Aku sudah tidak boleh menahan lalu air mata terus mengalir di mukaku. Dia mula menghinaku.

“Budak tidak sedar diri! Dah buat malu sekolah, masih berani pijak kaki di sini. Pergi berambus sanalah!” Teman sekelas mula mengetawakan aku. Aku bangun dan berlari masuk ke tandas. Aku terlanggar seseorang. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa. “Adik nak pergi mana?” Aku memandang ke atas dan melihat abangku senyum. Abang sedang memegang beberapa keping gambar. “Kenal siapa perempuan ni?” abang bertanya.

Aku terperanjat. “Jadi, perempuan yang ada di gambar ni sebenarnya ialah Fatin?” Abang mula memekik seperti sekolah itu ialah rumahnya. “Eh! Siapa budak Fatin ni ah?!”

Fatin pula baru sahaja keluar dari kelas, mencari aku. “Eh! Lissa mana? Aku nak pukul-pukul dia!” Dia memekik dengan penuh kemarahan seperti aku pernah melakukan sesuatu pada dirinya. Abang terdengar dan pusing. Mata abang buka besar. “Eh, lelaki mana pula kau bawa masuk sekolah ni, Lissa?” dia bersenyum. Abang menjadi lebih marah. “Lelaki apa? Aku abang dia. Ada masalah?” Abang terus mencampak gambar-gambar yang digenggamnya itu ke arah Fatin. “Kalau benci sangat dengan adik aku, tak payah buat sebegini ah,” abang memberitahunya.

Kakak dan ayah mula berjalan di belakang. Polis berjalan bersama dengan mereka. “Cik Fatin? Anda ditangkap kerana telah mengambil dadah dan menuduh orang yang tidak bersalah.” Fatin ingin melarikan diri. Namun, polis dapat menangkapnya. Teman-teman mula bertepuk tangan. Aku berlari ke arah kakak dan ayah lalu memeluk mereka. “Abang tak peluk ah?” abangku membuat kelakar. Aku pun memeluk abang.

Aku sedari. Walaupun seseorang yang amat disayangi telah meninggalkan bumi ini, aku tidak boleh berputus asa dan terus bangkit dan mencapai cita-citaku. Aku telah kehilangan seorang ibu dua minggu lepas. Aku takut untuk memberitahu sesiapa mengenai masalahku tetapi setelah dipujuk oleh keluargaku, aku sedar bahawa selama ini aku tidak mempercayai kakak dan abangku sendiri. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernahku lakukan selama 17 tahun aku bernafas di dunia. Dunia ini kejam. Teman-teman datang dan pergi tetapi keluarga yang amat disayangi tidak akan dapat dipisahkan oleh sesiapa. Jika mereka berubah sikap mereka, seseorang di keluarga akan menyedar dan mencuba sedaya upaya untuk mengubah orang itu kembali ke insan yang mulia. Aku amat menyayangi keluargaku. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Itulah yang dinamskan keluarga.

“Lissa akan terus bersolat dan berdoa untuk ibu ya?” aku berbisik. Aku masih memeluk keluargaku. “Sudahlah tu Lissa. Lepaskan ayah. Lissa harus pergi sekolah, ayah harus pergi kerja. Jom! Kakak, abang! Kita tinggalkan Lissa di sini. Nanti ayah jemput Lissa tau. Selamat tinggal!” Aku tersenyum lalu melambaikan tanganku.


TAMAT
~Cikgu Nora~

Isnin, 2 Julai 2012

BAHAN BACAAN- KARYA PELAJAR

Pasti semua tidak sabar membaca sambungan cerita 'KELUARGAKU SAYANG' oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI. Berikut ialah bab 2 nya.

KELUARGAKU SAYANG (Bab 2)

Hubungan antara diriku dan arwah ibu sungguh rapat. Aku akan memberitahunya segala perkara yang terjadi dalam hidupku. Ibu tidak akan memarahiku jikalau aku memberitahunya bahawa aku mempunyai perasaan istimewa terhadap seseorang. Ibu adalah tempat untukku mendapat kasih sayang. Beliau akan mendengar luahan hatiku dan menasihatiku.

Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu bilikku. Ayah membuka pintu lalu berjalan ke arahku bersama telefon bimibitku di tangannya. Ayah duduk di katilku dan memegang erat tanganku. “Perempuan yang ada di dalam gambar ni bukan adikkan?” beliau bertanya. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Bilikku berada di dalam keadaan kesepian. Aku mula mengeluarkan suaraku. “Ayah.. Kenapa Allah mencabar adik dengan dugaan sebesar ini? Kawan-kawan adik mula menjauhkan diri dari adik dan selepas itu, ibu meninggalkan kita. Mengapa ayah?” Ayah hanya duduk berdiam sahaja. Beliau mula memelukku dengan erat. Selama beberapa minit kemudian, ayah melepaskan diriku.

Aku melihat rupa di mukanya. Tidak ku sangkakan, air jernih mula mengalir keluar dari matanya. Ayah adalah seseorang yang cuba menjadi seorang pahlawan di mata anak-anaknya walaupun umur mereka hampir menjadi seorang dewasa. Walaupun sedang marah atau sedih, beliau tidak akan pernah menunjukkan perasaannya itu kepada anak atau arwah isterinya. Saat ini adalah kali pertama aku melihat ayah menangis dalam seumur hidupku. Bayangkan, betapa tabahnya ayah dan betapa lemahnya diriku. Aku memanjangkan tanganku untuk mengambil beberapa keping tisu lalu mengelap air mata ayah. Ayah memandangku dan memelukku sekali lagi. Beliau melepasi diriku. Segaris senyuman yang mesra terukir di bibirnya. Hatiku yang telah pecah seribu kini menyinar bak bunga yang mekar di taman.

“Jom! Kita pergi bercuti! Kita sekeluarga merehatkan minda buat seketika okey?” ayah berkata. Pada mulanya aku tidak bersetuju kerana kelakuan ayah seperti seseorang yang sudah melupakan seorang yang amat disayangi dan cintai dalam waktu yang cepat tetapi, setelah berfikir untuk beberapa kali, aku bersetuju dengan cadangannya. Aku juga tahu, ayah tidak mungkin akan melupakan arwah ibu secepat itu. Aku bersenyum lalu mengangguk kepalaku.

“Okey! Ayah akan menempah tiket kapal terbang secepat mungkin. Kita akan pergi ke tempat yang Malissa paling suka! Pack your bags and inform your siblings too,” ayah berkata lalu meninggalkan bilikku. “Oh! And please, clean your room. Mata ayah boleh terbakar tengok bilik Malissa. Macam orang tengah potong bawang tahu!” ayah memekik dari jauh. Aku ketawa mendengar kata-kata ayah. Begitu juga kakak dan abang apabila mendengar ayah.

‘Ibu.. Malissa harap ibu akan tenang di atas sana.. Doakan Malissa, kak Linda, abang Daus and ayah.. Lissa sayang ibu sangat-sangat. Jumpa ibu di akhirat nanti ya... Lissa merindui ibu. Dan akan selalu mendoakan untuk ibu sehingga Lissa meninggalkan bumi ini.’  Aku berfikir buat seketika. Kemudian aku bangun dari katilku lalu mengemas barang-barang yang diperlukan semasa bercuti.
~Cikgu Nora~